Ikan Patin Masak Tempoyak dengar sahaja nama pasti sudah berbayang kelazatannya dan keaslian masak tempoyak di Pahang. Lokasi ini adalah mengikut tempat kegemaran saya sekeluarga.
1) Kedai makan Pak Usop
Kedai ini sudah tersohor dari zaman dahulu, terletak di deretan kedai makan berhadapan tapak Pekan Sari di Lurah Semantan, pinggir sungai Pahang.Dengarnya kedai ini kini diusahakan oleh anak-anak Pak Usop pula.
2) Restoran Go’bang Maju
Terletak di tepi sungai Pahang, jalan menuju ke Bera dan Triang, restoran ini sangat terkenal dan telah melebarkan sayap membuka cawangan di Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang.
3)Restoran Patin Koi
Bagi yang ingin mencuba, bolehlah ke Restoran Patin Koi yang terletak di kawasan deretan kedai Dynaton Bukit Angin (jika anda datang dari arah Mentakab atau melalui Jalan Mentakab-Temerloh setelah keluar susur lebuhraya LPT di tol Temerloh, ianya terletak di sebelah kiri sebelum tiba bulatan persimpangan ke Lancang dan Jambatan Temerloh ke Jalan Maran).
No comments:
Post a Comment